Saturday, 16 April 2016

Scholarship Petronas



Sengaja tulis tajuk macam tu supaya nanti search engine orang nak cari scholarship, terkeluar blog ni hewhew.



Haritu aku attend Petronas YoungStars Days 2016, dia macam second stage untuk orang yang apply scholarship Petronas. Setahu aku Miza dengan Dzahin pun dapat, malangnya tarikh diorang lain daripada aku. So kena buat kawan baru lah nampaknya! Ok.



Sesi pagi kitorang kena buat online test; dan aku tak pernah seat test susah macam ni. Walaupun tak boleh jawab, aku bantai je. Dalam 40 soalan tu rasanya 30 soalan aku tak yakin jawab. Okay mungkin aku je over sebab dah lama tak bukak buku pastu tetiba kena jawab soalan Math lah soalan argumentation lah dll. Daripada lebih kurang 500-600 orang yang ambik test tu (rasanya lah), dalam 200 orang (kot) yang akan shortlisted untuk round seterusnya petang tu.



Aku agak nervous, sebab aku macam jawab main-main je. Results keluar pukul 2, and time tu Mama, Daddy, Kekna, Boiri dan Dedobot dah tunggu kat luar dewan. Bye. Lagilah aku nervous, family aku sanggup tunggu sampai results test tadi keluar tsk tsk. They were putting so much hope on me when I’m taking the test main-main hehe. Bila results keluar, Alhamdulillah nama aku tersenarai antara 200 orang yang shortlisted untuk batch hari tu. PYD ada banyak batch; ada jugak PYD kat Sabah/Sarawak, KL dan tempat lain. Aku tak sure tapi yang aku tahu memang ada beribu-beribu participant aku kena compete. Even dengan batch aku yang 200 tu je pun aku dah gementar hahah. Dalam beribu-ribu tu, dia cuma nak 300 scholars je ok bye. Kalau macam tu, agak-agak dalam batch ku yang 200 tu, berapa je yang dapat scholarship ni? Damn. 



Aku masuk bilik quarantine, dah ramai shortlisted participant dalam tu. Semua dengan gaya confident diorang. Aku duduk sebelah sorang budak ni, being the awkward guy myself, aku pun approach dia, 


“Hai :) Hafiiz”

“Ajai :)” *bukan nama sebenar

“Sekolah mana?”

“ASiS”

“Ok. . . . . “


Tempat duduk aku dikelilingi budak ASiS, SAS, SDAR, SASER, MCKK. Ok halfway baru aku tau bebudak ni dah lama ber-geng rupanya. Geng budak-budak premier, bye. Their conversation goes like this,


“You which school eh? I forgot”

“I’m from SAS”

“Oh, ok. I tambah ER je dari your school.”

“SASER?”

“Yeah”


Aku diam je lol. Takkanlah nak jerit “I DARI INTESABER NICE TO MEET CHU GAISSSS”. Unless aku jenis yang spontaneous tak tahu malu, bolehlah hmmm. Tak lama lepas tu, diorang (orang sekeliling aku) start tanya pasal results SPM.


“Results you berapa?”

“Straight A+”

“Okay so semua orang dalam row kita dapat Straight A+ except for me la ni”

“Yeke, you berapa?”

“I almost straight A+, semua A+ kecuali Sejarah je dapat A”


WAW OKAY BYE AKU NAK BEREDAR DARI TEMPAT NI. SELF-ESTEEM DIORANG LEVEL 1000 ADUHHHH. Aku terus down, so lepas take 5 break aku tukar tempat so that aku tak lose confidence lol. Aku duduk belakang sekali, sebelah sorang budak cina dari SMK Puchong amende tah (dia pun tak hafal nama sekolah aku hehe). Sekurang-kurangnya budak cina ni nak sembang dengan aku :’)



Pastu, dalam quarantine room kitorang buat grouping, untuk buat discussion session later. Aku dapat group dengan Iskandar from BASIS, Shean from SMK Sri Aman, Khaullah from KISAS, Amirah from MRSM Serting. Ok diorang semua friendly, tapi tak sempat sembang sebab limited time gila. Kitorang each group is given a topic, and we have to discuss that particular topic. While we’re having our discussion, kitorang each group akan dinilai oleh 2 facilitators from Petronas, diorang akan nilai behaviour kitorang dalam discussion tu, whether we are able to express our ideas, cope dengan teammates, be influential in the discussion etc. Part ni paling susah sebab semua orang first first degil nak ikut cadangan/pendapat sendiri T_T Kitorang kena come up with one winning solution to the problem. And, this is the last stage of the selection. Performance kitorang time discussion ni akan tentukan whether kitorang akan dapat ke tak scholarship Petronas ni. I can say I tried my best, tu je lah kot haha. Dah tahan diri daripada garu kepala, korek hidung, menguap, tongkat dagu etc time discussion kira okay la tu kan? Hahah. Discussion lasted for an hour, and semua beredar balik. All I can do for now is hope (or not).




Doakan aku okay.