Monday, 25 January 2016

AGAMA TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN

Saya membesar dengan satu statement ni yang saya belajar daripada masyarakat sekeliling,


"Philosophy is 'questions that may never be answered' and religion is 'answers that must not be questioned' "


Saya membesar dan diajar daripada kecil untuk tidak mempersoalkan agama saya. Padahal statement ni dicipta oleh ahli falsafah Barat, but it seems that masyarakat Melayu juga begitu. Jangan persoalkan agama, katanya.


But what if someone is born Christian, Buddhist, Catholic, Hindu and was told not to question their religion? Will it be harder for them to convert to Islam?


Kita dilahirkan dalam Islam, which most people that are born Muslims believe that "we are on the safe spot, so we don't have to question our religion. however non-Muslims have to, as to help themselves convert to Islam". Are you sure you don't have to?


Or are you sure you have to?


I don't know, but as for me, I believe that questioning my religion is essential to strengthen my faith in Islam. Sebab saya percaya keyakinan ni ada dua jenis: yakin secara mengkhinzir buta & yakin secara berpengetahuan.


Orang yang yakin secara mengkhinzir buta ni, mereka percaya bahawa kalau kita persoalkan sesuatu, bermakna kita tak yakin dengan benda tu. Biar je walaupun kita taktahu, tapi kita kena yakin! Meragu-ragukan sesuatu bermakna kurang yakin.


Orang yang yakin secara berpengetahuan ni percaya bahawa semakin kita persoalkan sesuatu, bermakna kita sedang mencari jawapan untuk meyakinkan diri. Maksudnya dia tahu apa yang dia buat, dan dia ada jawapan sekiranya orang bertanya apa yang dia buat. First first dia tak yakin sebab taktahu, so bila dia dah tahu maka dia yakin.


Saya pegang prinsip yakin secara berpengetahuan. Kita persoalkan sesuatu untuk mencari jawapan, sebab sebagai manusia kita sentiasa ada sense of curiosity, sense of doubt etc. Kita dikurniakan akal, saya percaya Allah beri kita akal untuk menilai sesuatu, baik atau buruk. 


Saya membesar dalam masyarakat yang melarang saya untuk mempersoalkan agama saya, therefore I can't really express my doubt and curiosity. Kawan-kawan saya kebanyakannya akan label saya 'rosak akidah' bila saya tanya mereka soalan tentang bukti kebenaran Islam. They don't know how to answer, so they told me, "takyah persoalkan, nanti rosak akidah". How can you say your akidah is strong when you yourself cannot answer questions on your own religion?


Sebab kita lahir-lahir dah Islam, that doesn't mean you don't have to question your religion. Some ustaz/ustazah I know would always tell me "some things are better left unquestioned or wallahua'lam". Yes, I do agree on that but not religion. Religion should be questioned. What if we were born non-Muslim, should we not question our religion?


Mempersoalkan agama tu bagi saya penting, tapi cara kita persoalkan tu lagi penting. Positively thinking, ustaz ustazah kita mungkin taknak kita menyimpang dari ajaran Islam, mungkin kita belum bersedia untuk persoalkan agama kita. Tapi bila dah mencapai tahap dewasa, tahap boleh buat keputusan secara matang, kita kena persoalkan agama kita. Persoalkan al-quran dan kebenarannya, supaya kita jadi manusia yang bukan hanya mempercayai al-quran tetapi juga mengamalkan ajarannya. Contohnya al-quran mewajibkan kita menutup aurat. Tapi sebab kita tak tahu kenapa, jadi kita pun pandang enteng pada perintah tersebut. Sebaliknya, kalau kita question "Why do we have to cover our aurat?" we might get the answers and rasa lebih bertanggungjawab untuk menutup aurat, sebab kita sendiri dah tahu sebabnya.


But at the end of the day, most of us are afraid to question our beliefs, because we were taught not to question beyond what people can answer, right? 


And so, I believe that questioning your faith is essential, as long as you have a strong base in your beliefs, and you know where are you leading to, so that you won't go astray. Insya Allah


This topic might be too heavy, but this is just a POV from an 18-year old, I might re-discuss this in the future :) 



Assalamualaikum and have a good day!

Sunday, 24 January 2016

Updates

Assalamualaikum everyone!

This is a short entry of an announcement to all of you readers :)


First of all I am sorry I can't cope with the weekly Tuesday/Thursday entry, because of my schedule. Biasalah after SPM, semua orang terkejar-kejar nak cari duit sebelum masuk uni.


Secondly, I currently don't have any laptop. Mungkin in a few months time I'll own one, so all these while saya memang update blog daripada phone sahaja huhu, sebab tu format blog pun tak berapa nak betul lagi. Insya Allah will be better.


Anyway, tomorrow I'll update on an interesting topic that I found on twitter, Insya Allah.


Assalamualaikum and bye!

Wednesday, 13 January 2016

Bagaimana Hendak Bersyukur?



      Beberapa hari aku hanya terlantar di kamar. Kejang otot di tangan, tangan tak boleh nak straightkan. Sakit, memang sakit. Tapi redha, nak buat macam mana. Padahal tanganlah yang membantu aku mencari rezeki dan buat kerja. Tapi sekarang Allah dah tarik salah satu nikmat yang paling berguna untuk manusia. Bila aku fikir balik, aku jarang bersyukur kerana nikmat sihat yang aku dapat. Sebab kadang-kadang kita lupa benda yang kita dapat selama ni. Rasulullah sendiri dah pernah bersabda, "Dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang". 




      Ya, kita selalu lupa yang selama ni  Allah bagi kita nikmat kesihatan. Bila kita sakit, baru nak terngadah. Baru sedar betapa pemurahnya Dia. Baru sedar betapa tak bersyukurnya kita selama ni. Baru sedar betapa kita selalu lupakan Dia padahal kita tak pernah dilupakanNya. Kejam kan manusia? Bila dah sihat nanti, buat lagi. Ingkar lagi. Lalai lagi. Itulah manusia, terkenal dengan sifat lupanya. 




      Ini semua ujian Allah. Sakit itu ujian, sifat lupa juga satu ujian, nikmat kesihatan juga satu ujian. Nak tengok sejauh mana manusia taat pada Allah, sejauh mana kita semua sedar bahawa kita adalah hamba yang lemah. Tapi jangan give up, jangan sekali kali berhenti. Kerana sekali kau berputus asa dengan rahmat Allah, amatlah rugi. Allah nak bagi, kita yang tolak. "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatku maka akan ku tambahkan" [14:7]. Taknak ke Allah tambahkan nikmat kita? Syaratnya dua sahaja: syukur dan sabar.




      Macam mana nak bersyukur? Sekadar ucapkan Alhamdulillah dikira sudah bersyukur ke? Bagi saya, tidak cukup. Well done is better than well said, kan? Islam sendiri melarang kita cakap tak serupa bikin. "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" [61:2]. Kalau betul bibir mengucapkan syukur, tunjukkan dengan perbuatan. Di saat kita mengucapkan Alhamdulillah kerana mendapat nikmat kudrat dan kekuatan, bekerjalah kerana Allah dengan kudrat yang diberi. Di saat kita mengucapkan Alhamdulillah kerana mendapat nikmat berupa harta dan wang, sedekahkanlah sebahagian daripadanya. Di saat kita mengucapkan Alhamdulillah kerana mendapat nikmat pakaian, tutuplah aurat dengan sebaiknya. Di saat kita mendapat nikmat menggunakan kaki dengan sempurna, berjalanlah ke masjid untuk beribadah. Begitulah cara bersyukur, bukan hanya dengan kata-kata, tetapi sertakan dengan perbuatan harian kita, insya Allah semoga kita semua mendapat hidayah dan keredhaanNya :)

Thursday, 7 January 2016

PALESTINE OR ISRAEL?!


Assalamualaikum everyone!




If you guys haven't read my prev. entry on Palestine, please do first before reading this one. Btw, I kind of thought that this entry is only dedicated to Muslims, however if you are a non-Muslim and you want to proceed reading it for the sake of knowledge, feel free to do so :)





7 REASONS WHY YOU SHOULD VISIT PALESTINE AS A MUSLIM




1. BECAUSE YOU'RE A MUSLIM AND AL AQSA IS OUR HOMELAND

Yes, Al Aqsa is our homeland. Baitul Maqdis adalah tempat lahirnya kerajaan agung Nabi Sulaiman, kiblat pertama orang Islam selama 17 bulan, dan telah disebut dalam Surah al-Isra' ayat pertama. And always remember, Al Aqsa ialah salah satu daripada tiga masjid yang diminta Rasulullah kepada umatnya untuk dikunjungi. Berdasarkan hadis yang  diriwayatkan, maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah untuk melakukan perjalanan ketiga destinasi, iaitu Al-Masjid al-Haram, Masjidku (Al-Masjid Al-Nabawi), dan al-Masjid al-Aqsa.” [Riwayat Bukhari (1189) dan            Muslim (1397)]. 


Kalau zaman sekarang, since Baitul Maqdis dah dikuasai oleh Israel, ada beberapa pendapat yang mengatakan tidak harus menziarahi Baitul Maqdis kerana perlu gunakan visa Israel dan seolah-seolah mengiktirafkan kedaulatannya. Walaubagaimanapun, pendapat yang lebih rajih iaitu kita digalakkan menziarahi Baitul Maqdis, antara alasannya iaitu: Sebenarnya menziarahi Baitul Maqdis dengan mengambil visa perjalanan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu mengiktiraf Israel di samping nas jelas menggesa ke arah ziarah tersebut. Rasulullah SAW pernah ziarah Masjidil Haram, tawaf dan solat serta berumrah dengan Umrah Qadha’ pada tahun ke 7 Hijrah sedangkan ketika itu ia dibawah cengkaman orang musyrikin. 




2. BECAUSE IT'S CURRENTLY SAFE

I've said it before, but let me clarify this again: IT IS SAFE INSYA ALLAH. Orang selalu tanya, dulu kan ada bombings dekat Palestine? Bukan ke sekarang Al Aqsa ada ramai tentera Israel merata-rata? The answer is yes and yes. But that does not mean it's not safe. Yes, it's true back then Al Aqsa pernah dibom oleh Zionis atau extremist Yahudi, tapi itu dulu. Sekarang Alhamdulillah selamat. Sebab apa? The answer lies on the second question. Sebab sekarang Palestine dikawal oleh tentera Israel. There is a difference between tentera Israel dan tentera Zionis/extremist Yahudi. While tentera Zionis cuba menyerang Al Aqsa, tentera Israel lah yang membantu orang Islam mempertahankan Al Aqsa. Sejak tentera Israel ada merata-rata sekitar Al Aqsa, takde satu pun orang dibenarkan masuk Al Aqsa kecuali orang Islam. Diorang akan kawal semua gate masuk Al Aqsa supaya tentera Zionis or even orang awam yang bukan Islam tak boleh masuk ke Al Aqsa. It is only exclusive to Muslims dengan bantuan tentera Israel. Of course, they are helping, tapi bukan bermakna diorang ni baik. Mungkin mereka tidak merancang untuk merampas Al Aqsa secara kasar kerana mereka tidak berani. Saya pun tak tahu huhu. 


Ada juga orang cakap, "Israel ni masuk at your own risk". Let me ask you, what's the risk? Death? So as a Muslim you believe that the risk of death is only in Israel? Habistu kalau pergi tempat lain, or even your own house, there's no risk of death? Kita semua beriman bahawa ajal maut itu ketentuan Tuhan, tapi kita sendiri nak judge risk of death and where could it be. Truth is, it can be anywhere. Kalau Allah tentukan kita mati kat rumah, tempat paling kita rasa selamat ni pun, kita still akan mati kat rumah. Dah tu, kita bagi alasan taknak pergi ke tempat suci Islam sebab takut mati? Think about it. The term 'chances of death' doesn't exist selagi mana kita beriman bahawa ajal di tangan Tuhan. And visiting Al Aqsa is not an attempt to put yourself in danger and increases your 'chances of death' because you have the same chances of death everywhere and Al Aqsa is not even dangerous insya Allah. 



3. BECAUSE AL AQSA NEEDS OUR HELP

Time kitorang dalam bas on the way ke Jericho daripada border Israel, tour guide kitorang cerita tentang kenapa orang Islam sepatutnya datang ke Baitul Maqdis; "We the Palestinians did not defend Al Aqsa for our own benefit, we did not fight for Jerusalem for ourselves only but we fight for the rights of all Muslims in the world. That's why you should help us. When you come here, you are actually returning back home. And when you come here, you are actually telling the Israelis that "This is our homeland and we are not afraid of you". The Israelis are actually afraid of us Muslims, that's exactly why Muslim tourists still can enter the Al Aqsa. Because they are afraid that, if they stop Muslims from entering Al Aqsa, we Muslims from around the world will attack them, so congratulations because when you come here, you are making them more afraid". Itulah tour guide kami Hisham yang sangat supporting dan best. Dan ya, orang Yahudi sangat takutkan kedatangan pelancong Muslim. So, what are you waiting for?





4. BECAUSE TOURISTS ARE THE ONLY SOURCE OF FINANCIAL HELP TO MOST ORGANIZATION 

One of the things that has aroused my sense of curiosity is when our tourist agent, Hj Remy told us that these masjids that we see around Israel/Palestine are mainly relying on financial help by tourists coming there. Masjid-masjid ni takde dana daripada government (obviously) so the only help that they receive is from tourists coming from outside. Then in case, if suddenly the rate of tourist coming to Palestine decreases, they might have to close a few masjid and that's sad :(





5. BECAUSE PALESTINE IS CONSIDERED AS THE HOLY LAND AND THE LAND OF ANBIYAA'

Baitul Maqdis owns 1001 stories on sirah Islam, maksudnya banyak sangat daripada zaman Nabi Daud sampai sekarang. Kat Palestine jugaklah terdapat makam Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf. Allah mentions in the Quran on visiting places yang terdapat kesan-kesan sejarah kaum terdahulu untuk kita mengambil iktibar. Firman Allah SWT: ”Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik”. [Ar-Rum:42].
     




6. BECAUSE YOU NEED TO SHOWCASE TO THE WORLD HOW STRONG MUSLIMS ARE

In Baitul Maqdis (Old City of Jerusalem), kota itu terbahagi kepada 4 bahagian; Muslim Quarter (Al Aqsa), Jewish Quarter (kawasan Wailing Wall), Armenian Quarter, Christian Quarter (kawasan Church of the Holy Sepulchre). Baitul Maqdis ni merupakan tempat suci bagi 3 agama ni and every year you will see people mainly from these 3 religion coming to Baitul Maqdis. But the sad thing is jumlah yang paling sedikit datang ke Baitul Maqdis iaitu orang Islam. People say things like, "Kita kan dah ada Mekkah dan Madinah" but I'm pretty sure what Allah mentioned in the first verse of Surah Al-Israa' is from Mekkah to Al Aqsa not Mekkah to Madina; which means Al Aqsa is also included as a holy place for Muslims. Sehinggakan agama lain iaitu Yahudi dan Kristian memandang rendah kepada orang Islam, kerana apa? Perbandingan yang sangat ketara. Contoh, orang Yahudi pada usia muda sangat alim dan sangat taat pada agama. In terms of pantang larang, dressing dll. Rasanya takpayah buat counter comparison tentang pemuda Islam zaman sekarang semua dah tahu kan? 😁 Huhu.




7. BECAUSE YOU CAN

Maksud saya, sangat digalakkan bila mana awak mampu pergi ke Palestine. It's a shame kalau kita mengaku umat Rasulullah tapi tak patuh pada hadis beliau, betul? ;) 





So, Israel or Palestine? Ada orang tanya saya, "Kenapa Hafiiz kata Hafiiz dekat Israel, itu kan Palestine, negara Israel mana pernah wujud". My answer would be, we have to accept the fact that Israel does exist. And Jerusalem is a part of Israel. Kalau Israel tak wujud; why can't I just use Palestinian Visa while visiting al Aqsa? Why are some people afraid to visit Al Aqsa? Because Israel exist, but remember, in simpler terms, they are afraid of Muslim tourist coming to Palestine, and if you really want Israel to not exist, do something, visit Al Aqsa ;) We visited Al Aqsa under a highly recommended agent yang confirm berpuas hati sebab dia jaga makanan semua sedap sedap and tour guide dia sangat best. Yang tu paling penting haha. Okay byeee, don't forget to leave your comments. Assalamualaikum! :)


UPDATE: If you guys wanna find out more about our trip agency, do whatsapp Mama at 0123959779 or visit her ig @nanirostam